Kempen Antidadah

Tuesday, August 10, 2010

Pendahuluan

   Sebagai pengetahuan am, sebenarnya dadah yang menjadi ubat penahan sakit dan ianya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Dadah merupakan bahan kimia psikoaktif yang memberi kesan setara terhadap sistem saraf manusia jika digunakan secara berterusan. Apa yang diistilahkan sebagai dadah ialah bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri ketagihan untuk kegunaan sendiri sama ada ditelan, dihidu, dihisap, mahupun disuntik. Manakala, penyalahgunaan dadah pula boleh diklasifikasikan sebagai perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah secara berlebihan. Penyalahgunaan dadah melibatkan pola songsang penyalahgunaan yang mengganggu kehidupan seharian.

Statistik Penyalahgunaan Dadah Pada Tahun 2009


Rajah di atas menunjukkan analisis penyalahgunaan dadah mengikut umur. Berdasarkan rajah di atas, terdapat 13.76% penagih dadah dari golongan umur 30-34 tahun dan tidak ada penagih dadah di bawah tahun 13 tahun.

                                   
Rajah di atas menunjukkan bilangan penagih dadah mengikut tahap pendidikan. Pola tertinggi penagih dadah telah ditunjuk oleh tahap pendidikan bawah dan pola terendah adalah tahap ijazah.



Gambar rajah di atas menunjukkan statistik jenis dadah yang diambil oleh penagih dadah. Antara dadah yang terbanyak disalahgunakan adalah heroin, iaitu 44.19% daripada keseluruhan.

Jenis-jenis Dadah dan Kesannya

Terdapat banyak jenis dadah di kalangan masyarakat iaitu heroin, morfin, ganja, kokain, candu , kodein (ubat batuk), pil-pil psikotropik, methamphetamine (Syabu) dan sebagainya. Beberapa jenis dadah yang popular pada masa kini dalam masyarakat adalah seperti berikut :


Heroin                                            









Morfin

     
        
 











Ganja









Methamphetamine (Syabu)














    Sebagai pengetahuan am, heroin akan membawa kesan seperti kematian mengejut, risiko jangkitan penyakit HIV/AIDS dan akan menyebabkan keguguran atau bayi cacat bagi wanita mengandung. Bagi morfin, penagih akan berasa mengantuk serta menunjukkan kecacatan keseimbangan dan tindakbalasnya.Penagih yang mengambil kandungan dadah berlebihan akan sentiasa bimbang dan rasa gelisah dan menunjukkan pertuturan yang sukar difahami.



Punca-punca Penyalahgunaan Dadah

       Antara punca-punca penyalahgunaan dadah ialah kurang pendidikan mengenai dadah. Kini, ramai remaja masih lagi kurang mengetahui tentang dadah dan tahap bahaya kesan dadah tersebut. Seterusnya, kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa juga menyumbang sebagai salah satu punca. Hal ini menyebabkan remaja tersebut terjebak dalam aktiviti yang negatif demi menarik perhatian ibu bapa mereka dan mereka akan lebih mempercayai individu lain yang sentiasa bersama mereka. Selain itu, remaja yang tidak berpegang teguh dalam kepercayaan rohani akan menyebabkan mereka tidak takut kepada dosa dan undang-undang negara malah terus melakukan perbuatan yang mereka suka.



Punca-punca Penyalahgunaan Dadah

     Penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat semakin bertambah serius. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku. Faktor yang pertama adalah seseorang itu menerima tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba dadah tersebut. Mereka takut rakan-rakan akan boikot mereka sekiranya tidak mengikut permintaan dari rakan-rakan berkenaan. Akhirnya, seseorang itu menyalahgunaan dadah. Faktor yang seterusnya adalah seseorang itu menghadapi keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan seperti keruntuhan rumah tangga, kematian ahli keluarga dan sebagainya. Golongan tersebut akan menggunakan dadah supaya melupakan segala perkara yang tidak memuaskan kepada mereka.

Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Masyarakat

   Kesannya terhadap masyarakat adalah imej dan keseluruhan ekonomi negara terjejas. Ini disebabkan oleh daya pengeluaran ekonomi menurun atas sebab kerugian tenaga dan modal insan kerana ramai pemuda yang merupakan modal negara terlibat dalam pengambilan dadah dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan. Tambahan pula, kos yang tinggi seperti kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah serta program-program pencegahan terpaksa ditanggungkan oleh negara. Selain itu, imej negara terjejas akibat masalah-masalah yang ditimbulkan oleh pengambilan dadah.

Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Masyarakat

P  Kesan dadah terhadap masyarakat ialah mengancam ketenteraman awam dengan peningkatan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan. Selain itu, persengketan dan perselisihan antara masyarakat berlaku. Contohnya, penglibatan anak-anak dengan dadah menyebabkan mereka mencuri harta jirannya. Akhirnya, perpaduan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan masyarakat khususnya belia dan negara.

Langkah-langkah yang telah dijalankan untuk mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat

  Penyalahgunaan dadah semakin meluas pada masa kini. Oleh itu, hukuman yang berat telah ditetapkan sebagai satu langkah untuk mencegah penyalahgunaan dadah melalui Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952). Melalui akta tersebut, pengedaran dadah melebihi 15 gram tidak kira apa jua jenis dadah bakal menghadapi hukuman gantung sampai mati mendatori di bawah seksyen 39(B) ADB.

  Selain itu, kempen kesedaran seperti "Kempen Anti-Dadah" turut diadakan bagi menjelaskan betapa bahayanya penyalahgunaan dadah serta kesan-kesannya. Ini adalah bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang keburukan dadah.



Disediakan oleh Chong Kah Hoe (206838)

langkah yang harus diambil oleh kerajaan

     Pihak kerajaan harus mengenakan denda yang tinggi terhadap ibu bapa yang cuai menjaga anak sehingga anak mereka terjebak dalam penyalahgunaan dadah.Langkah ini juga dapat mendidik ibu bapa supaya mendidik anak mereka dengan betul.Selain itu, langkah ini dapat mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa memberikan tumpuan dan kasih sayang yang sewajarnya terhadap anak-anak mereka.

Kesimpulan

     Secara keseluruhannya, kita mendapati bahawa penyalahgunaan dadah adalah amat sukar untuk dibendung tanpa kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa, sekolah dan masyarakat. Sebagai pewaris kepada kepimpinan Negara pada masa hadapan tumpuan haruslah diberikan kepada remaja dari segenap aspek perkembangan mereka. Di sini, kita boleh mengambil petikan kata-kata`mencegah lebih baik daripada mengubati`. Oleh itu,semua pihak samada kerajaan mahupun masyarakat mesti berganding bahu dalam mencegah penyalahgunaan dadah ini daripada terus menjadi barah kepada negara amnya serta masyarakat khususnya.