Terdapat banyak jenis dadah di kalangan masyarakat iaitu heroin, morfin, ganja, kokain, candu , kodein (ubat batuk), pil-pil psikotropik, methamphetamine (Syabu) dan sebagainya. Beberapa jenis dadah yang popular pada masa kini dalam masyarakat adalah seperti berikut :
Heroin
Morfin
Ganja
Methamphetamine (Syabu)
Sebagai pengetahuan am, heroin akan membawa kesan seperti kematian mengejut, risiko jangkitan penyakit HIV/AIDS dan akan menyebabkan keguguran atau bayi cacat bagi wanita mengandung. Bagi morfin, penagih akan berasa mengantuk serta menunjukkan kecacatan keseimbangan dan tindakbalasnya.Penagih yang mengambil kandungan dadah berlebihan akan sentiasa bimbang dan rasa gelisah dan menunjukkan pertuturan yang sukar difahami.
No comments:
Post a Comment